Showing posts with label amad. Show all posts
Showing posts with label amad. Show all posts

27.4.14

Persoalan takdir dalam kehidupan insan

Akar Persoalan Takdir

Perbahasan mengenai persoalan takdir ini perlu diberi perincian yang khusus dan teliti serta berhati-hati supaya kita tidak terjerumus ke dalam pemikiran aliran Jabariah, Qadariah mahupun Mu'tazilah tanpa kita sedar !

Jabariah menekankan konsep bahawa segala perkara yang terjadi di dunia ini merupakan suratan dan telah ditakdirkan ALLAH secara total, manakala Qadariah telah meletakkan hak dan kebebasan mutlak diberikan kepada manusia dalam ruang lingkup kehidupan manusia dan terlepas dari kehendak ALLAH.

18.12.13

Mohon Maaf Atas Segala Kesalahan

Memang, melupakan sekaligus memaafkan kesalahan orang lain termasuk perbuatan yang sangat berat. Seolah-olah pekerjaan memindahkan sebuah gunung dan bukit. Apalagi luka yang mereka ukir di dalam sanubari kita begitu dalam dan lebar. Sepertinya mudah di ucapkan tapi tidak semua orang mampu melakukan dengan ikhlas.

Namun kita tetap di tuntut untuk memaafkannya, terlebih ketika dia sudah meminta maaf kepada kita .

Mengapa demikian? Bukankah kita ketika berbuat salah juga ingin dimaafkan? Kerana itu maafkanlah dia.

16.11.13

Menggali Hikmah Disetiap Kejadian Dan Setiap Siri Kesedihan

Menggali Hikmah by  Ryandonnelly
Tidak salah bersedih, tetapi perlukah kita tunjukkan?

Menangis? Adakah kita mahu dilihat oleh orang ramai?

Jangan biarkan perkara itu menimpa kita, sahabat. Jangan nampakkan kesedihan kita. Teruskan melangkah. Tatap masa hadapan dengan penuh keyakinan.
Teruskan tersenyum dan tunjukkan kita sedang bahagia.

Waktu itu kekuatan mental kita diuji. Adakah kita kuat menghadapinya ataupun jatuh tersungkur dan terkulai. Berusahalah untuk tidak menunjukkan kesedihan!

4.11.13

Jika Masa Lalu Kelam, Bagaimana Dengan Masa Depan?

Kebanyakan orang sering mengaitkan masa keadaan sekarang dengan masa depannya. Apa yang terjadi sekarang akan menentukan masa depan.

Apakah anda semua setuju?

Dave Pelzer, seorang penulis buku bestseller menuliskan kisah hidupnya dalam triloginya yang terkenal, A Child Called It, The Lost Boy, dan A Man Named Dave.

Sebelum itu, Dave menulis rangkuman kisah hidupnya dalam buku Help Yourself.

27.10.13

Sampai Bilakah Aku Harus Begini?

Insyaallah.. 

5.10.13

Rindu Itu Menenangkan


Subhanallah.

Alhamdulillah.

Allahuakbar.

Astaghfirullahalazim.

Hari ini,

aku masih bisa merenung langit biru.

Masih bisa menatap kehijauan alam.

Masih bisa bernafas tanpa perlu membayar 2 kupang atas pinjaman udara yang Allah kurniakan.

Masih mampu melangkah meneruskan rutin harian.

Masih diizinkan menikmati nikmat Islam dan Iman.

Walaupun, aku tahu, imanku senipis kulit bawang.

Allahu Allah.

2 Tahun berlalu.

Tapi, aku masih merindui saat- saat diuji.

Aku masih merindui saat- saat ditarbiyah Allah.

Aku rindu saat menangis, merintih, mengadu sesungguh- sungguhnya pada Sang Pencipta.

Aku rindu!!

Aku rindu tika aku membaca ayat- ayatNya, air mata mengalir tanpa dipinta.

Aku rindu saat kaki melangkah, hati masih menangis memikirkan betapa berdosanya diri ini.

Aku rindu saat rendah dirinya aku ini kerana memikirkan betapa jijiknya diri ini.

Aku rindu saat aku mula- mula kena erti cinta hakiki.

Aku rindu saat mula- mula aku sedar bahawa aku masih punya Allah.

Masih punya ibu bapa.

Masih punya abang- abang, kakak, adik.

Sahabat- sahabat.

Allahu Rabbi.

Berat sekali rindu ini.

Tak terungkap dek kata- kata.

Kerana saat ini, aku terasa zalimnya diri ini.

Tidak menunaikan fitrah hamba.

Menidakkan fitrah manusia yang punya cinta hakiki dalam jiwa.

Yang hati- hatinya inginkan kebaikan.

Yang hati- hatinya bencikan kejahatan, kezaliman.

2 tahun berlalu.

Tetapi, aku tidak sekuat dahulu.

Saat aku merintih, merayu pada Illahi, aku rasa kuat sekali.

Kuat kerana aku yakin, Allah sedang memelukku, sedang memujukku.

“Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya”

Surah Qaaf, ayat 16.

Tika itu, aku senang sekali berkhalwat dengan Allah.

Bersendirian, mengadu, menangis, menyesal, bertaubat.

Tika itu, aku merasa CUKUP.

Lapang, bahagia.

Kini…..

Setelah 2 tahun berlalu.

Aku tidak mampu mengalirkan airmata sederas dahulu.

Tidak mampu bergetar hati, bila disebut nama Allah.

Tidak mampu membaca ayat- ayatNya sekerap dahulu.

Tidak mampu merintih, merayu, menangis seperti dahulu.

Hati yang dulu lembut,

Hati yang dulunya DEKAT sekali dengan Sang Pencipta,

kini kian jauh.

Kerana tidak diuji.

Kerana sudah diberi nikmat kesenangan.

Aku rindu ya Allah.

Rindu sekali dengan saat itu.

Bila tiba saat itu, Engkau dahulu yang aku cari.

Engkau dahulu yang mendengar masalah, luahan aku.

Aku rindu ya Allah.

Rindukan hati yang dulu.

Rindukan tangisan yang dulu.

Rindukan saat itu.

Walau aku tahu, berat sekali ujianMu.

Walau aku tahu, peritnya azabMu.

Walau aku tahu, tidak terkiranya sakit masa diuji.

Kerana dakapan sayangMu ya Allah, aku adalah aku yang sekarang.


Alhamdulillah.

Terima kasih ya Allah, kerana pilih aku.

T T

1.6.13

Ramai mampu berkata..

"Bersabarlah, Redhakanlah,  Ujian itu pasti akan ada hikmahnya.."


Namun lidah menutur kata sangat mudah kerana lidah itu tidak bertulang. Namun aplikasi kita terhadap perkataan SABAR dan REDHA sendiri, bagaimana pula?

Sesungguhnya dalam kita meniti perjalanan hidup ini, SABAR, REDHA, TABAH adalah satu perkataan yang tidak asing lagi buat kita sebagai seorang hamba, Namun begitu, semudah ia diucapkan, tak semudah ia dipraktikkan. Kerana hanya IMAN yang teguh dapat merealisasikan semua itu dalam kehidupan. Seharusnya kita sentiasa memperbaharui iman kita, meningkatkan taqwa kita terhadapNya kerana dengan itu sahaja SABAR, REDHA dan sebagainya mampu kita buktikan di dunia. InsyaAllah..



15.2.13

Mencintai Dia Dalam Diam



 "Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk".(QS. Al Israa’: 32)
Ketika cinta kini hadir tidak untuk Yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta. Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNYA atau hanya mengundang murkaNYA. Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

13.2.13

Bencana Mengajar Manusia Tentang Kehebatan Allah

Tsunami
Bencana alam yang melanda Jepun baru-baru ini menyemai titik keinsafan bahawa apabila Allah telah menetapkan sesuatu kejadian alam berlaku, maka tiada siapa pun yang dapat mengekangnya.

Bandar yang dibina bertahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua hampir menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ apabila dilanda gempa bumi dan gelombang tsunami yang kuat.

22.1.13

Bila Aku Kata Aku Sedang Berubah..


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah
walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah..

17.1.13

Kamu Jangan Jadi Buta..


Jangan kerana cinta,
kau buta.
Buta dosa. Buta pahala.
Buta yang mana benar. Buta yang mana salah.

Sebaliknya,
Biarkan cinta itu membuka matamu.

Bahawa manusia tak sempurna.
Cintailah dia apa adanya.

Bahawa dunia hanya sementara.
Yang dicinta pasti pergi jua.

Bahawa cinta itu hanya akan bersatu bila diizinNYA…
Menyedari dan mengakui bahawa cinta datang dariNYA dan harus mengikut aturan NYA.

Lantas mengapa membiar cinta membutakan mata?
Menutup pintu-pintu Redha, Rahmat, dan Kasih SayangNYA?

13.1.13

Contohi keberanian sang helang





Kekurangan dan kelemahan diri seseorang bukan penghalang 

untuk dia terus berjuang.. InsyaAllah.. Semoga Allah memberi kekuatan pada jiwa - jiwa yang lemah dan sedang berusaha memperkukuhkan diri, Amiin.


Belajar dari 'SIKAP HELANG'

JIka ingin BERJAYA, belajarlah dari sikap helang 
dalam membina visi, keupayaan dan keberanian.

Helang terbang seekor tanpa kawan. Ia terbang tinggi tanpa dapat dijangkau oleh burung-burung lain. Dari tempat yang tinggi,
ia mendapat pandangan yang lebih jauh dan menyeluruh. Ia dapat melihat mangsanya dari jauh. Tanpa lengah , helang menetapkan matlamatnya.

Tumpuannya tidak pada yang lain, hanya mangsa itu! Dan kuku kakinya mencengkam mangsa dengan kuat dan mangsa di bawa ke tempat yang selamat untuk 'diproses'.

Pengajaran:

Helang burung yang terbang tinggi, berani dan suka pada cabaran. Ketika angin kuat dan ribut melanda, burung lain akan mencari tempat berteduh tetapi helang mencuba sesuatu yang menarik dan ketika itulah akan 'bermain-main'.

Ia bersikap seperti JUARA.
Sang Juara melihat peluang di sebalik kesusahan. Jika orang lain
lari ketika keadaan makin mencabar, sebaliknya sang juara akan
menempuhnya dengan lebih BERANI.

Seperti HELANG, sang juara dalam hidup ini sentiasa percaya:

"Layang-layang akan naik hanya apabila melawan angin,
BUKAN mengikut angin."(Pahrol Muhd Juoi, Nota Fikir untuk Zikir)

*Teruskan perjuangan, jadilah sang juara..umpama si helang
yang terbang gagah menyelusuri angkasa raya.. semangat!

9.1.13

Mencari Bahagia

Jiwa yang begitu kecil, pasti akan merintih dimanakah kebahagiaan yang sepatutnya untuk dirinya tatkala Tuan punya dunia memberi suatu ujian.
Jiwa yang akan bertanya berkali-kali, mengapa Tuhan tidak memberikan kebahagiaan, sebaliknya hanya memberikan kesengsaraan. Tiada langsung kebahagiaan.
Sebagai manusia, memang selalu tersilap menilai sesuatu.

Betapa banyak sebenarnya jalan-jalan kebahagiaan yang diberikan kepada manusia.
Namun, manusia tidak dapat melihatnya lantaran dek makna bahagia yang terlalu kecil bagi sesetengah manusia.

Sekecil mana pun nikmat yang telah di berikan Allah kepada Kita.Bersyukuri dan Berbahagialah….♥

7.1.13

Friendship

FRIENDSHIP isn’t something you consciously Create. Before you Know it, it just Appears..

20.12.12

Muhasabah Jiwaku

Bersendiri dalam kesunyian

Termenung aku mengimbau masa lalu, 

Mengamati rentetan kehidupan,
Mencari secangkir sinar keluhuran,
Buat bekalan di akhir penantian masa.

Menapak aku di bumi Mu ini dengan penuh leka,
Lalai aku dalam menunaikan tanggungjawab,
Aku cuba bertahan di pasak kesabaran,
Tetapi rapuh dihempas taufan kehancuran.

Setiap detik yang mendatang menyentap benakku,
Mampukah aku meneruskan perjalanan,
Meredah belukar kebal duniawi,
Agar aku bertahan sehingga ke laluan kemanisan ukhrawi.

Ya Allah yang Maha Mendengar,
Berikanlah aku cahaya petunjuk Mu,
Pandulah aku yang masih buta di dalam cahaya,
Masih teraba-raba di laluan yang rata.

Ampunkanlah segala dosaku Ya Rabbi,
Hanya Engkaulah yang Maha Pengampun,
Kurniakan aku kemanisan Cinta Mu,
Agar aku diizinkan mencium haruman syurga Mu.

15.12.12

Jika Antara Kekuatan Telah Hilang

ناورد ݢيور | Antara kekuatan
Andai antara kekuatan itu hilang, tidak bermakna hilang semua kekuatan.

'Antara kekuatanku'
Sebagai manusia dalam menempuhi perjalanan hidup, mungkin ada sebahagian orang akan menyandarkan bahawa itu dan ini adalah sebahagian kekuatan hidupnya. ya, aku juga begitu. Dan aku pasti, mungkin anda juga seperti itu.

Hati Kita Allah Yang Pegang. Maka Ikhlas kan Hati

Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang
kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi

semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali

bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh

cinta pada orang lain.

10.12.12

Cinta Bukan Hanya di bibir sahaja

CINTA adalah perkataan indah yang mempunyai erti yang amat mendalam buat sepasang kekasih. Tetapi oleh kerana terlalu kerap disebut-sebut, ia menjadi koman. Akibatnya perkataan cinta mempunyai konotasi murahan. Cinta menjadi perkataan mainan di bibir kerana mudah dilafazkan dengan selamba.

9.12.12

Andai Aku Mati Sekarang.


Dying is not solution - Nawerdi bin Giwar
Tiba-tiba hari ini aku teringatkan kematian. Semalam tak teringat pun. Tersedar diri ini masih belum bersedia walaupun tahu kematian itu satu kepastian dan kehidupan hanyalah satu kebarangkalian.

Andai aku mati sekarang, Adakah yang akan merasa kehilangan ku?

Adakah yang akan menangis pilu menghantar mayat ku?

Adakah yang akan mendoakan aku setiap kali mereka mengenangku?

Adakah yang ziarah ke pusaraku?

Aku menangis rasanya apabila memikirkan hal itu,

5.12.12

Aku Kuat, Tidak Lemah Kerana Masalah Cinta

Lemah? Kenapa harus menjadi lemah. Bersedih setiap hari melamun tambatan hati, entah kemana dia pergi, kenapa harus terjadi perpisahan. Larut dalam kesedihan tidak berkesudahan, membuat tubuh lemah dan tidak kuat bertahan.

Kita boleh kuat menghadapi kesendirian ini. Selalu berfikir bahawa soal cinta & jodoh ini hanyalah masalah waktu sahaja..